1. Abyadh
Yang pertama adalah Abyadh, ialah syaitan yang paling berat godaannya, paling buruk sikapnya, kerana tugasnya ialah menggoda para nabi dan rasul yang diutuskan kepada manusia.
2. Khannah
Yang kedua adalah Khannah, ialah syaitan yang menimbulkan waswas hati terhadap adanya ALLAH SWT, adanya perkara-perkara sam’iyat dan melalaikan hati manusia daripada mengingat Tuhannya sepanjang masa.
3. Laqnis
Yang adalah Laqnis, ialah syaitan yang mengganggu orang yang bersuci dan berwudhu sehingga jadi ragu dan tidak sempurna.
4. Khinzab
Yang keempat adalah Khinzab, ialah syaitan yang mengganggu orang yang beribadah, khususnya yang salat, dengan membuatkan manusia berasa waswas dengan amalan baik yang dilakukannya dan sentiasa cuba meruntuhkan keyakinan terhadap agama Islam yang dianutinya.
5. Zalitun
Yang kelima adalah Zalitun, ialah syaitan yang menyuruh manusia gemar boros berbelanja,tanpa had dan fikiran hanya ingat pada makan dan makanan.
6. Haffaf
Yang keenam adalah Haf’faf, ialah syaitan yang tugasnya mengajak manusia berbuat maksiat, suka minum khamar dan berfoya-foya.
7. Murrah
Yang ketujuh adalah Murrah, ialah syaitan yang mendekati ahli muzik agar selalu lalai dan leka, dan melekakan pula para pengikut mereka. Juga mengganggu ahli-ahli ibadah saat sedang berwudhu agar menyiakan air untuk berwudhu.
8. Dasim
Yang kedelapan adalah Dasim, ialah syaitan yang memecahkan suami isteri agar suka bergaduh dan bercerai. Menyuruh manusia marah bukan pada tempatnya dan kepada marah yang membawa dosa. Juga menampakkan masalah ke kakak-beradik agar mudah bertengkar.
9. Miswat
Yang kesembilang adalah Miswat atau Maswat, ialah syaitan yang mempercepat manusia untuk berbuat maksiat dan suka kepada setiap perkara maksiat, di samping melengah-lengahkan berbuat taat dan amal salih. Ia gemar membawa berita dusta dan gosip liar.
10. Sabrum
Yang kesepuluh adalah Sabrum, ialah syaitan yang mengajak manusia ke jalan yang jahat dan tidak sabar dengan ujian yang diterima, umpamanya mengoyak-ngoyak baju pada saat kematian ahli keluarga dan sebagainya.
11. Watin
Yang kesebelas adalah Watin, ialah syaitan yang mendekati orang yang sedang ditimpa musibah agar bersangka buruk kepada ALLAH SWT.
12. Masud
Yang keduabelas adalah Masud, ialah syaitan yang menyuruh manusia selalu mengumpat, fitnah dan adu domba, suka berdendam sesama manusia.
Walahan
Yang ketigabelas adalah Walahan, ialah syaitan yang menimbulkan rasa waswas dalam beribadah, ketika orang itu sedang mengambil air wudhu.
14. Zaktabur
Yang keempatbelas adalah Zaktabur ialah syaitan menimbulkan raja ujub dan takbur dengan segala kelebihan yang ada pada dirinya.
15. Lakhus
Yang kelimabelas adalah Lakhus, ialah syaitan yang mengajak manusia agar tidak menyembah Allah SWT lagi.
16. A’awar
Yang terakhir adalah A’awar ialah syaitan yang menggoda raja dan orang besar agar zalim, rasa takbur dengan jawatan, membiarkan rakyat tanpa dibela dan tidak suka mendengar nasihat ulama. Menghias perempuan agar lelaki segera tergoda dan menggoda wanita agar mendekati lelaki yang dilihat menarik.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
Catatan: Hanya anggota dari blog ini yang dapat mengirim komentar.