Senin, 29 Mei 2017

Mengenal Rosulullah SAW


*NABI MUHAMMAD SAW*
**************************

Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.

Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; bersamaan peristiwa tentara bergajah Abrahah yang menyerang Kaabah).
Nama bapak : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapak Rasulullah SAW).
Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

*USIA 4 TAHUN*

Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bagian syaitan dan sifat jelek yang wujud di dalam hatinya.

*USIA 6 TAHUN*

Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).
Baginda diasuh oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh kakek/datuknya Abdul Muttalib.

*USIA 8 TAHUN*

Datuknya, Abdul Muttalib meninggal dunia.
Baginda diasuh oleh  pamannya, Abu Talib.

*USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).*
Bersama pamannya, Abu Talib berdagang ke Syam urusan perniagaan..
Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendeta Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

*USIA 20 TAHUN*

Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' , jilid1, halaman 184-187 menyatakan ketika itu usia Nabi Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperan mengumpulkan anak panah saja..
Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

*USIA 25 TAHUN*

Berdagang kedua kali ke Syam atas urusan perniagaan barang dagangan Siti Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.

Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang pamannya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapak saudara Khadijah) untuk
meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
Mas kawin/mahar baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

*USIA 35 TAHUN*

Banjir besar melanda Makkah dan meruntuh- kan dinding Kaabah.
Pembangunan Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah.
Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan perselisihan berhubung peletakan batu tersebut.

*USIA 40 TAHUN*

Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai pelantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

*USIA 53 TAHUN*
Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.

Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

*USIA 63 TAHUN*

wafat Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

*ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW*

1. Khadijah Binti Khuwailid.
2. Saudah Binti Zam'ah.
3. Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
4. Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
7. Zainab Binti Jahsy.
8. Maimunah Binti Harith.
9. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
10. Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).

*ANAK-ANAK RASULULLAH SAW*

1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '

*****

Sabda Rasulullah SAW:
"Barangsiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan Barangsiapa yang mencintai aku niscaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

ﺍﻟﻠﻬﻢ ﺻﻠﻰ ﻋﻠﻰ ﺳﻴﺪﻧﺎ ﻣﺤﻤﺪ ﻭﻋﻠﻰ ﺁﻟﻪ ﻭﺍﺻﺤﺎﺑﻪ ﻭﺳﻠﻢ

Nabi Muhammad SAW - Manusia agung

*KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH*.

Begitu indahnya sifat Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya berjumpa dengan Baginda lantas menyatakan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.

Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:

*- Aku belum pernah melihat lelaki yang seperti Rasulullah saw..*
*- Aku melihat cahaya dari lidahnya.*
*- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.*
*- Rasulullah jauh lebih indah dari sinar bulan.*
*- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.*
*- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.*
*- Apabila Rasulullah  gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.*
*- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.*
*- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.*
*- Wajahnya seperti bulan purnama.*
*- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.*
*- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas ketika marah.*
*- Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.*
*- Garis-garis merah di bagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bagian sudut.*
*- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.*
*- Mulut baginda sederhana luas dan indah*
*- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bagian depan.*
*- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.*
*- Janggutnya penuh dan tebal menawan.*
*- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan indah seperti arca.*
*- Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.*
*- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.*
*- Rambutnya sedikit ikal.(
*- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg terurai sebahu tapi disisir rapi.*
*- Rambutnya terbelah di tengah.*
*- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusar.*
*- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa. - Seimbang antara kedua bahunya.*
*- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn indah.*

اللهم صل على سيدنا محمد صلاة تجعلنا بها من اهل العلم ظاهرا وباطنا وتحشرنا بعبادك الصالحين فى الدنيا والاخرة وعلى اله وصحبه وسلم.....

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Catatan: Hanya anggota dari blog ini yang dapat mengirim komentar.